Rabu, 3 April 2013

345. Bubar sudah.

Alhamdulillah ... terbubar sudah . Marilah kita sama-sama berdoa Malaysia akan dipimpin tokoh yang mengikut perentah dan larangan Allah S.W.T.. Selamat mengundi dan pastikan anda memilih calon yang betul dengan keadaan Malaysia masa kini.

55 Tahun Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Umno Perikatan dan BN:

1. Warga negara mudah tanpa syarat bagi yang bukan peribumi sebagai balasan pemberian kemerdekaan 1957 dari British.

2. Menyingkirkan dan mengiakan Singapura menjadi republik 1965.

3. Bertanggung-jawab sama mencetuskan 13 Mei 1969.

4. Kes Bank Bumiputra dengan George Tan (Hong Kong) dan pembunuhan Allahyarham Akautan Bank Bumiputra yang mayatnya ditemui di kebun pisang di Hong Kong. Akhirnya bank kecil menelan Bank Bumiputra.

5. Menafikan, menganaktirikan dan menghukum hak rakyat yang memilih parti selain umno dan sekutunya sebagai peneraju kerajaan negeri, seperti tentang royalti minyak dan hak-hak perbendaharaan negeri serta pelbagai sekatan.

6. Menyalah gunakan agensi dan harta Kerajaan Malaysia dalam setiap kempen pilihanraya umum.

7. Menyalah gunakan kuasa kehakiman

8. Penderhakaan, mengaibkan dan penafian kepada Kuasa Raja-Raja Melayu.

9. Projek Penswastaan lebih kepada pemilikan kepada individu pilihan dalam menguasai harta Kerajaan Malaysia.

10. Berleluasanya penyebaran fitnah, penyebaran vedio lucah, adu dumba, aib, caci maki, menghina mahkamah dengan tingkah-laku yang bertentangan dengan keputusan mahkamah dan politik samseng, sedangkan ianya amat bertentangan dengan Islam.

11. Undang-undang tidak masuk akal - yang betul jadi salah dan pihak yang salah terselamat dari hukuman.

12. Pengagihan kekayaan negara kepada individu tertentu seperti perkara berkait lesen perjudian, syarikat penerbangan kebangsaan MAS, PTZ, Projek Lembu dan sebagainya.

13. Anak beranak dan saudara mara ahli politik Umno dan BN sebagai jutawan segera.

14. Politik "Yes Man". Jawapan "No" adalah salah dan akibatnya sama ada dinasihatkan mengundur diri atau rela mengundur diri atau dipecat. Tercatit dalam sejarah seorang Perdana Mentera berTimbalan Perdana Menteri seramai 4 orang.

15. Pemberian kad pengenalan mudah kepada warga asing yang akhirnya meletusnya peristiwa Lahad Datu, Sabah.

16. Melepaskan 2 zon hak wilayah Malaysia yang kaya dengan minyak kepada Brunai.

17. Merepublikan Batu Puteh dengan penyerahan hak kepada Republik Singapura.

18. Melepaskan hak berkeretapi hingga ke Tanjung Pagar, Singapura dengan bersyarat.

19. Sewenang-wenang memaparkan "Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional" sedangkan hakikat sebenar ialah "Projek Kerajaan Malaysia".

Tidak kiralah parti mana yang akan menerajui Kerajaan Malaysia selepas PRU13 - usah diulang kelukaan sebahagian rakyat Malaysia dan sebagainya.
.

Tiada ulasan: