Rabu, 10 Jun 2015

5328. Perjalanan 3. Gemas-Tanjung Malim-Freser's Hill-Kuala Lipis-Temerlong-Bahau-Gemas.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
Meja www.peceq.blogspot.com  

44. Ke Tranum, Pahang. 
FR: 55. 
45. Tranum ke Raub, Pahang. 
FR: 55. 
46. Raub, Pahang. 
FR: 55. - FR: 8. 
47. Raub - Kampung Jemapar, Pahang. 
FR: 8. 
48. Dong, Pahang - Benta, Pahang. 
FR: 8. 
49. Benta - Kuala Lipis, Pahang. 
FR: 8. - 234. 
Terletak pada pertemuan Sungai Lipis dan Sungai Jelai, Kuala Lipis mempunyai latar belakang sejarah yang boleh dibanggakan kerana ia adalah di antara tempat yang mula-mula didiami orang di Negeri Pahang Darul Makmur. Sebelum kedatangan orang Inggeris dalam tahun 1887, Kuala Lipis telah menjadi Pusat Perdagangan bagi emas, jelutung dan lain-lain hasil daripada hutan di sekitarnya. Orang Inggeris menjadikan Kuala Lipis Ibu Negeri Pahang Darul Makmur pada penghujung bulan jun 1898 menggantikan Pekan.

Pada 27 Ogos 1955, Ibu Negeri Pahang Darul Makmur dipindahkan ke Kuantan. Sebagai sebuah Bandar yang utama pada masa itu, orang Inggeris memulakan sekolah Inggeris dalam tahun 1913 dikenali dengan nama Sekolah Anglo Chinese. Pada tahun 1929 nama Sekolah Anglo Chinese ditukar kepada Sekolah Clifford sehingga ke hari ini sekolah ini menjadi sebuah insitusi pelajaran yang penting di Negeri Pahang Darul Makmur. Sekolah ini mendapat namanya daripada Sir Hugh Clifford, Residen British yang kedua di Negeri Pahang Darul Makmur yang tinggal di Kuala Lipis (Rumah Rehat Bukit Residen sekarang ini).

Perkhidmatan keretapi di Kuala Lipis bermula dalam tahun 1924 menyambungkan Kuala Lipis ke Johor Bahru di sebelah selatan dan Cegar Perah, kemudian perkhidmatan keretapi daripada Kuala Lipis disambung ke Tumpat Kelantan di sebelah utara.

FR: 8. - 234. 
50. Kuala Lipis. 
Sejarah: Perbatuan "0" Bermula di sini. 

Tempat Bersejarah

PEJABAT POS (1910)
Pejabat pos ini terletak di Jalan Besar yang telah dibina pada tahun 1910. Perkhidmatan pos berada di bawah pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bangunan ini telah dikongsi dengan perkhidmatan ‘telegraf ’ iaitu salah satu perkhidmatan jabatan Telekom. Apabila agensi ini diswastakan sepenuhnya pada tahun 1989, perkhidmatan ini telah dipindahkan ke bangunan utama Telekom Malaysia sekarang. 

Pada mulanya pintu masuk ke pejabat pos ini menghadap ke jalan besar, namun pada tahun 1971 telah diubah tempatnya di kedudukan sekarang ini. 

Perkhidmatan ini mula diswastakan pada 1 Januari 1992 dan dikenali sebagai Pos Malaysia sehinggalah sekarang. Bangunan ini telah menjalani pelbagai pengubahsuaian hinggalah dinaik taraf yang terbaru pada tahun 2002. Hasil usaha pengurus cawangan dan kakitangan dalam mengindahkan kawasan dan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada mesyarakat, pada tahun 2004 pos Malaysia cawangan Lipis telah diiktiraf sebagai pejabat pos terbaik di Malaysia. 

Salah satu keunikan tempat bersejarah yang terdapat di Kuala Lipis ialah batu bertanda ‘0’ berdekatan pejabat pos. Batu ini menandakan permulaan sukatan jarak bagi Negeri Pahang di mana jarak kosong bermula dari Kuala Lipis. 
MASJID NEGERI (1888)
Masjid Negeri ini,telah di bina pada tahun 1888 oleh seorang saudagar Arab Yaman yang bernama Habib Hasan. Beliau telah mewakafkan tanah untuk pembinaan masjid ini. 
Pada asalnya, atap masjid di perbuat daripada papan. Masjid ini telah di jadikan Masjid Negeri Pahang kerana Kuala Lipis merupakan Ibu Negeri Pahang pada tahun 1898, sebelum ia di pindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. Menurut cerita orang tua-tua, salah satu keistimewaan dan keajaiban masjid ini ialah ia tidak pernah di tenggelami air walaupun bandar Kuala Lipis telah beberapa kali dilanda banjir besar. 
Kedudukan masjid di tebing Sungai Jelai juga tidak terjejas walaupun banjir melanda pada tahun 1926 dan 1971. Imam pertama masjid ini bernama Imam Awang yang berasal daripada Indonesia. Manakala anak tempatan yang pertama menjadi imam ialah Imam Kawi, yang merupakan imam kedua masjid ini. Pada masa itu, gaji para imam dibayar dengan menggunakan wang kutipan zakat. 
Imam yang pertama menerima gaji daripada kerajaan ialah Imam Salih Bin Hussin. Antara pembesar yang pernah bersembahyang di sini ialah Dato’ Abu Samah bin Haji Ali (Setiausaha Kerajaan Pahang) , Tun Abdul Razak bin Hussin (Menteri Besar Pahang) dan KDYMM Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah. 
Pada tahun 1980 pengurusan masjid ini telah di ambil alih oleh masyarakat India Muslim sehinggalah sekarang, pada ketika ini masjid tersebut di kenali sebagai Masjid India. 

MALAY HOSTEL (1926) 

Bangunan ini siap dibina pada tahun 1926, ia merupakan bangunan yang terbesar dan tercantik di kawasan Sekolah Clifford. Dengan terbinanya asrama ini, Sekolah Menengah Clifford dianggap sebagai sekolah berasrama penuh (Boarding School). 

Pelajar-pelajar yang memasuki sekolah ini merupakan pelajar yang datang dari merata tempat di seluruh Negeri Pahang. Semasa pemerintahan Jepun, bangunan ini merupakan markas terbesar mereka untuk urusan pentadbiran. Menurut satu sumber, Sekolah Clifford merupakan `head quates’ tentera Jepun dan tempat penyeksaan serta pembunuhan tahanannya. 

Menurut Yh Dato’ Wan Abdul Rahman, kawasan kantin dan dewan sekolah tersebut merupakan tempat Jepun untuk menyeksa orang, contohnya merendam kepala mangsa ke dalam air sabun dan kemudiannya memijak perut tahanan sehingga pecah. Ini semua disaksikan oleh beliau sendiri. 

Dahulu kawasan kantin sekolah adalah kawasan lapang untuk memancung kepala pesalah. Selain itu, terdapat sebuah bilik yang menempatkan asrama untuk KDYMM iaitu Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Al Muadzam Shah. Kini bilik ini telah menjadi bilik untuk Guru Penolong Kanan dan Pejabat pentadbiran Sekolah Clifford.
STESEN KERETAPI (1926)
Landasan keretapi dibina pada tahun 1926 oleh kerajaan British, ia merupakan jalan darat yang pertama diperkenalkan di Kuala Lipis. Perkhidmatan ini mula beroperasi pada tahun 1926, yang bertujuan untuk menghubungkan Kuala Lipis ke Johor Bharu di selatan, Chegar Perah di utara dan Tumpat Kelantan. 

Ketika zaman Jepun, landasan keretapi digunakan sebagai laluan mengangkut tentera Jepun ke selatan untuk menawan Singapura. Selain itu, keretapi penting sebagai pengangkutan utama penduduk setempat untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Sebahagian besar hasil ekonomi disalurkan melalui perkhidmatan ini iaitu emas dan bijih. 

Pada tahun 1985 perkhidmatan keretapi ini telah merayakan tahun yang ke-100. Sebagai satu cara sambutan, sepasukan Pegawai-pegawai Tinggi Keratapi Tanah Melayu(KTM) telah menaiki sebuah keratapi khas yang memulakan perjalanan dari Johor Bharu ke Tumpat Kelantan. Sebagai satu penghormatan kepada stesen keretapi yang terbesar dan bersejarah rombongan tersebut telah singgah di stesen keretapi Kuala Lipis. Perkhidmatan keretapi kini telah memberi manfaat kepada penduduk setempat.
RUMAH REHAT BUKIT RESIDEN (1922)
Rumah Residen ini dibina pada tahun 1922 di Bukit Residen,iaitu puncak bukit yang tertinggi di Kuala Lipis. Ia dijadikan sebagai rumah kediaman Residen Inggeris. Penghuni pertama rumah ini ialah Hugh Clifford yang merupakan Residen British pada masa itu. 

Selepas beliau, Residen-residen Inggeris terus menduduki rumah ini sehinggalah tercetusnya perang dunia kedua. Pada 1958 bangunan ini dijadikan sebagai asrama murid-murid lelaki Sekolah Clifford sehinggalah ditutup pada 31 Disember 1965 dan seterusnya dibiarkan kosong. 

Terdapat satu ruang di bawah tangga dipercayai terletaknya sebuah terowong dianggarkan 15 kaki panjang. Ia digunakan sebagai tempat perlindungan dari serangan bom. Pada tahun 1983, bangunan ini telah diperbaiki oleh Kerajaan Negeri untuk dijadikan Rumah Rehat Kerajaan. 

Manakala pada Disember 1985 sudut Muzium Lipis diwujudkan untuk mempamerkan bahan-bahan sejarah dan kebudayaan Daerah Lipis. Ianya merupakan Sudut Muzium pertama yang ditubuhkan di Negeri Pahang.
RUMAH KEDIAMAN BEKAS SUK (1920)
Rumah ini dibina pada tahun 1920 di Bukit Bius, Kuala Lipis dan dijadikan kediaman rasmi Setiausaha Negeri Pahang ketika itu. Di antara Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang yang pernah mendiami rumah ini ialah Dato’ Setia Raja Abu Samah Bin Ali (1948-1952) dan Tun Abdul Razak Bin Hussein (1952-1955). 

Rumah ini terlatak bersebelahan dengan kediaman Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika itu yang dikenali sebagai Istana Hinggap sekarang. Bukit Bius ketika itu menjadi tempat kediaman utama para Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri. 

Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 1995, rumah ini didiami oleh Pegawai Kanan Kerajaan Daerah Lipis dan Pegawai Pertanian Daerah Lipis dan pegawai Pertanian Daerah Lipis merupakan orang terakhir yang mendiami rumah ini. 

Rumah ini merupakan tempat kelahiran Perdana Menteri Malaysia sekarang iaitu Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Kelahiran beliau di rumah ini pada tahun 1953 telah disambut oleh bidan dari Hospital Kuala Lipis yang bernama Puan Fatimah atau lebih dikenali sebagai Mak Da. Rumah ini dibina bercirikan seni bina gabungan Eropah dan Melayu dengan tingkap yang banyak dan hanya mempunyai dua buah bilik tidur yang luas. Ruang keluarga terletak di bahagian anjung, manakala ruang tamu, ruang makan dan sebuah bilik tidur tetamu terletak di tingkat bawah. 
ISTANA HINGGAP (1926)
Bangunan ini asalnya merupakan kediaman untuk pegawai British, yang didirikan pada tahun 1926. Namun apabila jawatan Menteri Besar di wujudkan pada tahun 1948, ianya telah dibaik pulih untuk di jadikan kediaman rasmi Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang yang pertama iaitu Dato’ Setiawangsa Sir Mahmud Bin Mat. 

Kemudian, pada tahun 1951, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad Ibni Almarhum Sultan Ahmad pula menetap di situ. Selain itu, KDYMM Sultan Ahmad Shah juga pernah bersemayam di istana ini. Antara upacara bersejarah yang pernah berlangsung di situ ialah Majlis Perkahwinan KDYMM Sultan Pahang dengan KDYMM Tengku Ampuan Afzan Binti Tengku Mohamad, pada 22 April 1954. 

Menteri-menteri Besar ini menetap di rumah tersebut sehingga ke tahun 1955 sahaja berikutan dengan perpindahan Ibu Negeri Pahang dari Kuala Lipis ke Kuantan. Selepas pertukaran tersebut, rumah ini bertukar fungsi menjadi Istana Hinggap sehinggalah sekarang.
ASRAMA JURURAWAT (1926)
Bangunan ini telah di bina pada tahun 1926.Sejak awal pembinaanya,asrama ini telah di jadikan sebagai tempat tinggal untuk jururawat dan jururawat pelatih yang berkhidmat di Hospital Kuala Lipis. Struktur asalnya tidak mempunyai pagar dan kawasan sekeliling bangunan adalah lapang. 
Kedudukan yang berhampiran dengan pembangunan Kelab Pahang (Pahang Club) serta fungsinya sebagai kediaman jururawat menjadikan bangunan ini tumpuan ramai. Pada zaman penjajahan Jepun, asrama ini tidak diganggu kerana ia adalah sebahagian daripada komponen Hospital Kuala Lipis. 
Asrama ini telah menjalani beberapa perubahan melalui pengubahsuaian sehingga ke bentuk sekarang. Sehingga ke hari ini bangunan ini kekal menjadi tempat tinggal untuk jururawat dan jururawat pelatih yang berkhidmat di Hodpital Kuala Lipis.
KEDIAMAN PEGAWAI DAERAH (1929)
Rumah ini terletak diatas tapak kubu Orang Kaya Haji Wan Daud yang menguasai lembah sungai Lipis. Rumah kediaman ini siap dibina pada tahun 1929. Tapak pembinaan rumah ini pada mulanya menempatkan kediaman W.C Michell iaitu pentadbir dan juga pembantu kepada Sir Hugh Clifford. Ketika banjir besar berlaku pada tahun 1926, rumah ini musnah dan telah di bangunkan semula oleh pihak British. Kemudian rumah ini dijadikan kediaman bagi pegawai-pegawai.
PAHANG CLUB (1907)
Pahang Club merupakan bangunan terawal dibina oleh British pada tahun 1907. Tapak bangunan ini ialah tapak pertama pihak Inggeris mentadbir Pahang. Rumah ini di bina untuk tujuan kediaman Hugh Clifford yang memegang jawatan ‘Supritendent’ Ulu Pahang ketika itu. Pada Jun 1898, Kuala Lipis telah menggantikan Pekan sebagai Ibu Negeri Pahang dan rumah ini menjadi kediaman untuk Residen British. Hugh Clifford telah memilih Bukit Residen untuk membina kediaman baru bagi memudahkan mengawal kawasan Lipis dan rumah tersebut telah siap dibina pada tahun 1922. Setelah Hugh Clifford berpindah, rumah ini telah didiami oleh Inspektor Polis British sehingga tahun 1926. Beliau mengetuai keanggotaan Polis British di mana ahlinya seramai 100 orang yang terdiri daripada orang Sibu, Dayak, dan Melayu. 

Pada pertengahan tahun 1926 rumah ini telah ditinggalkan dan kerajaan Inggeris telah menjadikannya sebagai kelab khas untuk pegawai-pegawai British. Rumah ini sedikit pun tidak dilakukan pengubahsuaian bertujuan untuk menjaga keaslian seni binanya. Semasa menjadi Kelab Pahang, rumah ini dikawal rapi. Menurut seorang tukang kebun iaitu Pak Razak bukan sebarang orang yang boleh naik ke rumah itu yang mana mestilah berpakaian kemas, bertali leher dan kasut mestilah berkilat. Semasa rumah ini ditinggalkan dahulu pernah di ura-urakan untuk dijadikan istana tetapi didiamkan kerana cadangan tersebut di tolak oleh pihak istana. 

Pada tahun 1957 keahlian kelab hanya untuk orang-orang kenamaan, orang British dan pegawai tinggi kerajaan sahaja. Apabila Malaya merdeka keahlian kelab di buka untuk orang-orang tempatan yang berduit dan tidak mengira kaum. Aktiviti kelab ini ialah untuk kemudahan rekreasi, aktiviti sukan seperti tenis, badminton dan takraw serta menjalankan aktiviti kemasyarakatan.
PEJABAT PENTADBIRAN DAERAH LIPIS (1919)
Bangunan ini siap dibina pada tahun 1919 dan merupakan Pusat Pentadbiran Utama bagi Negeri Pahang. Bangunan ini menempatkan Pejabat Residen British dan pegawai-pegawai pentadbiran bagi Negeri Pahang di tingkat atas. Manakala di bahagian bawah pula merupakan Pejabat Kutipan Hasil dan Perbendaharaan Kerajaan British. Kuala Lipis pada ketika itu adalah daerah yang terbesar di negeri Pahang kerana merangkumi Daerah Jerantut sekarang. 
Selain itu, daerah ini merupakan satu daerah yang kaya dengan hasil-hasil emas, bijih, hasil-hasil dan getah. Apabila wujudnya jawatan Menteri Besar pada tahun 1948, pejabat Menteri Besar Negeri Pahang dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang ditempatkan di bangunan ini. 
Dato’ Setia Wangsa Sir Mahmud Bin Mat merupakan Menteri Besar Pahang yang pertama di kalangan orang Melayu bermula 1 Febuari 1948 hingga 1 Febuari 1951. Nama beliau juga telah diabadikan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Setia Wangsa sekarang. 
Di antara Setiausaha Kerajaan Pahang yang pernah berkhidmat di situ adalah Dato’ Setia Raja Abu Samah Bin Haji Mat pada 1948 hingga 1952, yang merupakan Setiausaha Kerajaan pertama dan Setiausaha Kerajaan Pahang yang kedua iaitu Orang Kaya Indera Shahbandar Abdul Razak Bin Dato’ Hussein. 
Apabila Ibu Negeri Pahang dipindahkan ke Kuantan pada 27 Ogos 1955, pusat pentadbiran ini dijadikan Pejabat Daerah Lipis sehingga kini. Tardapat sebuah bilik yang pernah menempatkan Sir Hugh Clifford menjalankan tugas sebagai Pentadbir Daerah Lipis. Di bangunan itu juga terdapat mahkamah Daerah Lipis dan masih wujud sehingga sekarang walaupun tidak digunakan lagi. Selain itu, di bahagian bawah terdapatnya sebuah Bank Perdagangan British yang dikenali sebagai Merchantile Bank. 
Apabila terbinanya bangunan-bangunan tambahan, seluruh jabatan kerajaan yang terdapat di Lipis dihimpunkan di bawah satu kompleks. Pada masa ini terdapat sebahagian jabatan-jabatan kerajaan masih berada di kompleks ini.
SEKOLAH MENENGAH CLIFFORD (1913)
Sekolah Menengah Clifford merupakan sebuah sekolah Inggeris kerajaan yang tertua di Negeri Pahang yang di bina pada tahun 1913. Sebelum itu, sekolah ini telah dikenali sebagai Government English School. Kemudian, dikenali pula sebagai Anglo Chinese School dan akhirnya sebagai Clifford School. Pada masa itu, bangunannya hanya berupa sebuah rumah kayu kecil dan beratapkan nipah. Ia dibina di tebing Sungai Jelai. Pada tahun 1918 sekolah tersebut mempunyai 12 orang pelajar lelaki. Kemudian jumlah pelajar bertambah kepada 200 orang dan sekolah ini telah berpindah ke kawasan yang ada sekarang. Pada tahun 1919 sebuah bangunan telah dibina di tengah-tengah padang sekolah pada masa itu, namun telah musnah dilanda banjir besar pada tahun 1926. 

Bangunan sekolah yang digunakan pada masa itu hanyalah bangunan-bangunan kayu. Memandangkan sekolah ini merupakan institusi pelajaran terbesar di Negeri Pahang, bangunan Malay Hostel 1926 dan bangunan induk berbentuk D telah dibina, untuk menempatkan para pelajar. Apabila terbinanya bangunan hostel, sekolah ini di anggap sebagai sekolah berasrama penuh (Boarding School) di Kuala Lipis oleh penduduk di Pahang. Pelajar-pelajar yang memasuki sekolah ini merupakan pelajar terpilih yang datangnya dari merata-rata tempat di seluruh Negeri Pahang. 

Perasmian sekolah ini, telah dibuat dalam tahun 1926 oleh Sir Hugh Clifford, yang merupakan Residen British Pahang. Pada tahun 1926, beliau telah menjadi Governor Of The Strait Settlements dan High Commisioner Of The Federated Malay States. Sekolah ini telah diabadikan dengan nama beliau selepas upacara itu. Guru Besar pertama disitu ialah Mr.V.N Bartlett. Sekolah ini telah mencatatkan sejarah sekolah pertama mengadakan School Certificate Class dalam tahun 1936. Penuntut yang menduduki peperiksaan Senior Cambridge adalah seramai 11 orang dan 9 orang mereka telah lulus peperiksaan tersebut. Di samping kecermerlangan yang di perolehi dalam bidang akademik, sekolah ini juga mencapai kejayaan yang membanggakan dalam bidang sukan. 

Pada zaman pemerintahan Jepun sekolah ini dijadikan markas tentera Jepun dan ibu pejabat Kempetai (Polis Rahsia Jepun). Terdapat sebuah tempat yang di percayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai kubu untuk menangkis serangan pihak musuh. Selain itu, sebuah bilik darjah dijadikan tahanan penyiksaan sebelum seseorang tahanan dihantar ke Melaka yang kini merupakan bilik darjah pelajar-pelajar tingkatan 6. 

KDYMM Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah dan Tan Sri Ghazali Shafie merupakan antara bekas pelajar di sekolah ini. Mulai tahun 1949 padang sekolah dijadikan padang utama program rasmi Negeri Pahang seperti sambutan ulang tahun keputeraan KDYMM Sultan Abu Bakar dan sukan tahunan sekolah-sekolah Negeri Pahang pada tahun 1955. Penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato’ Siti Nurhaliza binti Taruddin adalah bekas pelajar di Sekolah Clifford. Beliau memulakan pelajaran ke Sekolah Menengah Clifford dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Sehingga sekarang Sekolah Clifford banyak menempa kemajuan dari zaman ke zaman dan telah melahirkan ramai penuntut yang memberi sumbangan besar kepada negara.
GURDWARA SAHIB (1916)
Bangunan ini telah dibina pada tahun 1916 oleh masyrakat Sikh. Pada ketika itu,masyarakat sikh bertugas sebagai polis, pekerja stesen keretapi dan askar Inggeris. Pada awal tahun 1916 tiang bendera Neshan Sahib telah dibina, menandakan di situ terdapat sebuah Gurdwara Sahib. Bendera tersebut akan ditukarkan pada setiap tahun iaitu pada Hari Vasakhi yang biasanya jatuh pada 14 April dan ianya bewarna kuning yang bermaksud ‘daulat’ Terdapat sebuah kereta keranda dibuat pada awal tahun 1916 yang di gunakan oleh kaum Sikh untuk membawa mayat ke tapak pembakaran. Selain itu, terdapat juga sebuah perigi lama yang dibuat daripada batu-bata pada awal tahun yang sama. Perigi tersebut adalah untuk kegunaan harian seperti mandi, membasuh dan minum. Namun perigi itu tidak lagi digunakan sekarang ini. Dengan adanya Gurdwara Sahib, jumlah kaum sikh yang menetap di Kuala Lipis menjadi lebih ramai walaupun pada masa sekarang jumlahnya semakin berkurangan. Namun bangunan ini masih berdiri untuk menjadi bukti sejarah penempatan pertama masyrakat tersebut di pekan ini. 
TOKONG THEAN HOU (1898)
Tokong Thean Hou telah dibina oleh penganut-penganut Buddha di Lipis pada tahun 1898 yang diketuai oleh kapitan dari keturunan Ong. Kedudukan tokong ini yang menghadap Sungai Jelai dipercayai bertujuan untuk menjaga keselamatan nelayan ketika itu. Berhala yang berada di dalam tokong ini telah dibawa dari Negara Cina. Di dalam tokong terdapat sebuah batu yang diukir mengenai sejarah tokong ini. Batu bersurat yang dibina pada masa yang sama menceritakan nama-nama penderma yang membiayai pembinaan tokong. Didapati ada yang menderma 2 atau 5 dan 50 wang perak. Kerajaan British pada masa tersebut menyumbang sebanyak 150 wang perak. Selain itu, terdapat sebuah ukiran kayu yang dibuat sejak tokong ini didirikan pada tahun 1898. Pada tahun 1926 dan 1971 banjir besar berlaku mengakibatkan sebahagiaan daripada tokong ini rosak teruk dan telah dibina semula menggunakan struktur konkrit. Kedudukan tokong ini yang berada di tengah-tengah Bandar Kuala Lipis telah menjadikannya tarikan kepada para pelancong tempatan pelancong luar. 

Kuala Lipis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kuala Lipis ialah sebuah mukim dan bandar kecil di PahangMalaysia dengan penduduk kira-kira 60,000 orang. Ia terletak di daerah Lipis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kuala Lipis dahulunya pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada 1887. Pada 1898 ia menjadi ibu negeri Pahang sehingga 1955.
Semasa zaman ini, bangunan penjajah utama, seperti Pejabat Daerah dan SMK Clifford yang pernah mendidik tokoh negara tersergam indah, dan Pahang Club telah dibina. Rumah Residen British di atas bukit sekarang ini menjadi hotel danmuzium.
Bandar ini membesar dan maju selepas pembinaan landasan kereta api pada 1924. Walaubagaimanapun, pada 1955, ibu negeri telah berpindah ke Kuantan, dan Kuala Lipis tidak lagi pesat membangun. Ia sekarang menjadi peringatan zaman silam.
Walaupun begitu beberapa institusi pendidikan baru seperti Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, dan Maktab Rendah Sains Mara telah dibina. Sebuah bandar baru di seberang sungai Jelai sudah dibina dan mula beroperasi. Kuala Lipis juga merupakan daerah Parlimen Allayarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Allayarham Tun Muhammad Ghazali Shafie dan juga tempat asalnya penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza.

Tempat-tempat Menarik[sunting | sunting sumber]

  • Bandar lama Kuala Lipis.
  • Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris).
  • Pejabat daerah kuala lipis
  • Landasan kereta api.
  • SRK Clifford
  • SMK Clifford(1913)
  • Hutan Lipur Kenong
  • Bandar Baru Kuala Lipis.
  • Hutan Lipur Terenggun

Sumber: (Kuala Lipis

51. Kuala Lipis - Benta.  
SR: 234. - FR: 8. 
52. Benta - Dong. 
FR: 8. 
53. Benta. 
FR: 8. 
54. Raub. 
FR: 8. 
55. Raub - Lanchang.
FR: 8.
56. Lanchang - Plaza Tol LPT East Coast Expressway. 
FR: 8 - LPT. 
57. East Coast Expressway. 
LPT - Lebuhraya Pantai Timur. 
58. Perjalanan dari Lancang ke Temerloh via LPT. 
E8
59. Temerloh. 
E8 - FR: 98. - FR: 87. - FR: 10. 
60. Temerloh, Pahang - Bandar Bera, Pahang. 
FR: 87. - FR: 10. 
61. Bandar Bera, Pahang. - Teriang - Kemayan. 
FR: 10. 
62. Kemayan, Pahang - Bandar Baru Serting, Negeri Sembilan. (Bandar Seri Jempol) 
FR: 10. 
63. Bandar Seri Jempol - Bahau, Negeri Sembilan. 
FR: 10. 
64. Bahau - Rompin, Negeri Sembilan. 
FR: 10. 
65. Rompin - Gemas Negeri Sembilan. 
FR: 10. - FR: 1. 
 
66. Gemas - Alhamdulillah tamat pengembaraan kali ini. 18.20. 
FR: 1. 
67. Peta area perjalanan keseluruhan. 

Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan, dengan perlindungan-Nya, dengan pertolongan-Nya serta In Syaa Allah keampunan-Nya dan limpah rahamat- Nya.

Aamiin Ya Allah. 
Wassalam. 
Catatan ringkas: 
Mula: Gemas, Negeri Sembilan. - 20.30 - Sungai Pelek, Selangor. 23.30 - Tanjung Malim, Perak. 02.00 - Mula: Tanjung Malim, Perak. 07.00 - Frezer's Hill, Pahang. 10.40 - Kuala Lipis, Pahang. 15.15. - Gemas, Negeri Sembilan 18.20 

Total masa: 
(21 jam 50 minit) 

Total kos: 
> RM150.00 but < RM170.00 

Jalan paling sesak: 
Raub, Pahang. (Waktu perjalanan/Waktu perdana - Tengahari) 
"Bandar Dalam Hutan" Yang maju dengan arus permodenan serta limpahan kepadatan penduduk. 

Jalan paling menyeramkan: 
Jalan Pintas ke Batu Arang. (Waktu perjalanan) 

Top speed: 
Bandar Bera - Bahau - Pasir Besar - Gemas. 

Slow time - drive pinggir jalan tanpa mengganggu trafik sedia ada: 
Kuala Lipis - Raub hingga ke Persimpangan Temerloh. 

Saat mendebarkan: 
Menjengah ke bawah semasa berhenti di Jambatan Empangan KKB. 

Pelancung asing: 
One car Singaporean selisih (menghala ke KKB dari Fraser's Hill) 

Pekerja asing yang sempat di ajak berbicara: 
Stesen minyak Shell Sungai Pelik, Selangor. Bangladesh. 
Stesen minyak Petron Kuala Lipis, Pahang. (Food Corner). Surabaya, INA. 

Pertanyaan: 
Alhamdulillah semuanya ramah menjawab. 
A. "Maaf saya tak tahu, sebab saya bukan orang sini" - Kuala Lipis setting by man from Klate. 
B. "LPT lagi dekat" Lanchang setting by arh Plaza Tol staff. 
B. "Sampai bulatan turun" - Temerloh setting by one man gov staff. 

Paling mempersonakan: 
Melalui laluan berliku sama ada mendaki ke FH dari KKB atau menuruni dan meninggalkan FH ke Tranum. Kehebatan Allah menyelamatkan dan menolongi serta melindungi kemahiran pemanduan yang Allah kurniakan kepada hamba-Nya. Alhamdulillah teruja. 

Paling selesa memandu: 
Alhamdulillah dari KKB ke FH ke Tranum. 

Lagak Ngeri: 
Moto kapcai tiada lampu belakang. (Malam - Tanjung Sepat ke Banting) 

Kereta dipandu paling laju: 
Wira Blue Color - Teriang ke Seri Jempol. Berpuluh deretan kereta serta lori dipotongnya. (Macam bunyi kapalterbang mula-mula nak fly) Aku doakan selamat sudah, agar tidak terganggu kelancaran trafik di hadapan. Alhamdulillah. 

Hujan Lebat: 
LPT dan Bandar Temerloh. Lain-lain kawasan perjalanan tidak ditimpa hujan. 

Wave: 
Bunyi unggas di hutan belantara dan banyak kali bunyi seperti burung menyapa sekali sahaja. Lantas "Assalamualaina" aku kirimkan. Alhamdulillah. 

Seram: 
Bau menusuk hidung. Tiga kali bau sebegitu yang sama menerjah. Sungai Pelek - Tanjung Sepat. Banting - Klang. Jalan Pintas Batu Arang. Orang pesan "Jangan pandang belakang" Aku berIstigfar dan pandang belakang juga. Masa aku menaip ni pun terasa meremang bulu roma. Astagfirullahalazim. 

Lelaki Melayu paling kacak dan Perempuan Melayu paling cun: 
Pasangan suami isteri di Maybank FH. 

Satu kes: 
Pendaftaran Pahang - Tidak mahu memberi laluan - Jalan berliku sangatlah perlahan, kawasan garisan putus-putus dia sesah selaju-laju yang boleh. Teranum - Raub. Gasak kau lah, aku follow jew, perati apa kesudahan sikap sedemikian rupa. Astagfirullahalazim. 

Sumber Peta: (www.google.com.my/maps)

Tiada ulasan: