Ahad, 20 Mei 2018

Bikin panas kasi panas. 7695.

Tajuk Bikin panas kasi panas didapat dari fb pro umno bn. (BIKIN PANAS KASI PANAS) Banyak perkara digembar-gemburkan memanfaatkan umno bn sebagai terhebat dan tiada dalam kamus mereka PRUM 14 akan menghakimi dan menghukum mereka. 

Dengan gelombang final rakyat ramai yang bergerak secara senyap pada 9.5.2018 tetapi menzahirkannya di kertas undi, itulah PRUM 14 yang begitu bersejarah, yang sebelumnya khabar-khabar angin kalau umno kalah akan berlaku rusuhan sebab DAP meraikan kejayaan mereka. Alhamdulillah rakyat banyak memilih untuk mengekalkan MALAYSIA MASIH AMAN seperti yang digembar-gemburkan Umno di tampuk kuasa dulu. 

Menariknya Umno telah bersiap sedia untuk mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor dengan kehadiran kuncu-kuncu mereka dengan kenderaan perkasa pacuan empat roda berhimpum di depan Pejabat SUK Negeri, di malam pengiraan undi yang belum pun tamat diumumkan SPR yang dikayukan sang penguasa nyawa hujung tanduk waktu itu, sebagai jalan pintas terakhir untuk menafikan umno bn kalah teruk. Dalam game ini umno lebih tertempelak dengan keadaan Lengit dan Ketengi. (sudah kalah teruk, lagi mahu memperakui kemenangan) DSN call DSAI untuk kesepakatan. Alhamdulillah DSAI tidak mengejar jawatan PM Malaysia dengan cara yang begitu hodoh yang boleh memusnahkan ketampanan politiknya.   

Di hari pengundian kelihatan keadaan lebih tenang, tidak seriuh dulu bila umno bn yang begitu kaya dan meriah dengan sorakan untuk menghingar bingarkan suasana. Tiada lagi tawa riang dan kelihatan tiada muka-muka Umno Bn pasti menang menunjukkan taring. Itulah takdir dan ketentuan Allah Subhanahuwatalla untuk Malaysia hari ini. Alhamdulillah. 
Berita sebelum PRUM 14: 
Lebih kepada berkudakan kisah perkauman, penghinaan, melebel, pecah belah dan pecah perintah. Tuduh pihak lawan yang tidak memainkan isu perkauman sebagai pihak yang memecah belahkan Melayu dan merosakkan hubungan antara berbilang kaum di Malaysia. Itulah gaya usang Umno turun temurun. Suka buat onar bila berlaku tragedi sembunyi tangan. Nauzubillahminzalik. 

Akhirnya modal yang dimainkan sejak zaman 1960an menjadi isu lapuk dan jahat di era PRUM ke 14. Alhamdulillah. Tuduh DAP sebagai parti perkauman, tetapi sebenarnya Umnolah parti perkauman disamping MCA dan MIC dengan kaum masing-masing. PRUM 14 membuktikan rakyat majoriti menolak parti perkauman sebagai Peneraju Kerajaan Malaysia. Rakyat Malaysia memilih Gabungan Pelbagai Agama dan Bangsa iaitu Pakatan Harapan sebagai Pengemudi Kerajaan Malaysia dan menjadikan Umno dan kuncu-kuncunya Bn sebagai pembangkang buat kali pertama dalam sejarah DEMOKRASI MALAYSIA, bertemankan PAS dengan catatan sejarah satu-satunya parti pembangkang sejak 60 tahun dahulu. 
Tun Tan Siew Sin adalah Menteri Kewangan Malaysia 
dari 1959 hingga 1974. Dibawah panji Umno Perikatan (Kapal Layar) 1973 Umno Barisan Nasional (Dacing). 

Now dacing dah kena rampas sebab salah timbang 
dan In Syaa Allah keris dalam proses membuat sarungnya dengan kepimpinan 100% baru (jika boleh) dan berperanan sebagai pembangkang yang hebat, supaya Rakyat Malaysia dan Malaysia lebih cemerlang dibawah Kerajaan Pimpinan Pakatan Harapan. In Syaa Allah.  


Helah propaganda dan penghinaan "babi": MACAI PEMBANGKANG DAN RBA SILA HADAM KENYATAAN INI. INI BUKAN MP UMNO YANG CAKAP TAPI BEKAS MP DAPIG YANG CAKAP!! PEACE YO Halaman Disukai · 22hb April 



Ewan Sn Ya..betul tu...ketua polis negara yg baru yg manegganti KP lama pun kata Najib tak salah, Peguam negara baru pyn kata Najib tak salah, ketua sprm baru pun jata najib tk salah...

Osami Mohamad Kampenya nul undian partai umnobnpas d pemilu msia
Partai umnobnpas perampok maling koruptur toh booongin warga malasia smua
Ganyang injak2 umnobnpas d pemilu msia

Inalillah partai umnopasbn wafatin

Niz Cfc Ye betul tu..najib adelah insan yg suci murni,mutu & k'unggulan.. (icon ketawa) 
GAMBAR BAWAH ADALAH KIRIMAN PUAK-PUAK UMNO SEMASA DOKONGANNYA SEBAGAI PENGUASA. TERTULAH SUDAH. KATA-KATA MAKAN TUAN. AAMIIN. 
Alhamdulillah 
Allah Maha Adil kepada hamba Nya yang redha dan sabar. 
kata-kata ini berbalik kepada yang empunya diri 
sebab Umno sekarang adalah pembangkang. Innalillahiwainnailaihirojiun. 

DAP menjadi sasaran bukan setakat andaian tetapi tuduhan dan fitnah. Seperti Lain-lain parti dalam PH adalah menurut kata DAP. DAP akan jadi PM bila PH menang PRUM 14. Sedangkan sudah diwar-warkan pun (tidak disiar oleh umno bn - agar mudah memperbodohkan pengikutnya) PH menang Tun dan Dr Wan Azizah sebagai PM dan TPM. 
Behind every great fortune lies a great crime - Honore De Balzac ... Umno Bn telah ternobat membuktikan kebenarannya. Nauzubillahminzalik. 

Pengundi dan penyokong Umno kata dalam membela pemimpin mereka seperti DSN dari Keluarga Kaya Raya, Jutawan Melayu (Bacalah bagaimana bermulanya Pusat Perjudian Ternama di Genting Highland di Negara Islam.) Siapa di belakang tabir kewujudan Pusat Perjudian tersebut? Siapa watak belakang tabir terbinanya Pusat Perjudian tersebut? Kesemuanya orang Umno. Pengkhianat Agama dan Melayu? Lagu Warisan Anak kecil main api ...sekadar nafas tipu daya Umno, yang menggadaikan tanah Umno jua. Bukan PKR, PPBM, DAP, AMANAH dan PAS. Umno jahat? 

Baca sini atau ke nota kaki untuk bacaan selanjutnya: 
Saturday, July 7, 2012
Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?. (NK 1) 

20130126

Genting Highland: Rahsia Kejayaan Lim Goh Tong. (NK 2) 
Kalau cerita pasal Singapura - yang gadaikan Singapura yee Umno juga. Termasuklah Pulau Batu Putih dan Landasan Keretapi Woodlands ke Tanjung Pagar Singapura. Sejarah tidak menipu dan yang menipu kuat dan tegar ialah Umno. 
Lagi posting Bikin panas kasi panas - tak semua Umat Islam dan Orang Melayu buta sejarah. Orang Cina dan Nenek Moyang mereka Umno juga yang beri Kerakyatan Tanah Melayu tanpa syarat. Termasuklah kaum India. Sekarang mereka adalah Warga Negara Malaysia. Islam pun tidak ajari Orang Melayu berprasangka dengan lain bangsa. Allah jadikan hamba-Nya berbilang-bilang puak, tujuannya supaya manusia bersatu padu. Tetapi Umno yang kononnya PEJUANG ISLAM lebih suka pecah belah. Nauzubillahminzalik.

Sebagai catatan DAP diluluskan sebagai parti politik pun di zaman Umno sebagai penguasa. Termasuklah PAP di Singapura dulu. Jika tidak tentu Umno sudah mengharamkan ke dua-dua parti tersebut. 

Mari kita lihat baca posting fb berkenaan... kesopanan tolak tepi bagi mereka, matlamat lebih utama untuk terus berkuasa. Hukum Allah cara tidak menghalalkan hukum. Bagi Umno asal mereka semua betul. Astaghfirullahalazim. 
Penerima BR1M patut mengerti. 
Srikandi Malaya  Hinanya orang yang dapat BRIM dari kaca mata Najib!! Hanat sungguhlah...
Rashid Nor Yup. Dia cakap mcm ni pasal dia marah kenapa hadiah2 perkahwinan anak dia pun diamik polis. Dia kata menantu dia org berada bukan Dari golongan penerima BRIM. Pastu dlm dewan gelak Dan tepuk tangan. Otak takda. Tak sedar kene kencing....Kesian org Pekan...
Aifa Nadia Sebab tu masih tertipu lagi sampai bertahun2
Muhammad Azri Rasanya bukan semua org pekan mcm tu... hanya org2 umno pekan saja yg otak mmg banyak screw dah loose
Halaman Disukai · 27hb April 

AWAS MELAYU!! DULU LEE KUAN YEW GUNAKAN SONGKOK UNTUK MENGABURI MATA ORANG MELAYU UNTUK RAIH UNDI MELAYU SINGAPURA KINI LIM GONE ENG DAN LEE KIT SIANG GUNAKAN TEKTIK YANG SAMA GUNAKAN LOGO PKR UNTUK RAIH UNDI ORANG MELAYU,

Pengundi kaum Melayu diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan permainan halus DAPigs dalam PRU ke 14 kali ini. Mereka akan lakukan apa sahaja taktik keji untuk memenangkan parti Chauvanis itu.

Mula-mula DAPigs pakai topeng PKR bagi calon-calon mereka. Dari situ mereka raih simpati kononnya selepas berpuluh tahun berpilihan raya, buat pertama kalinya logo roket tidak dipakai.

Terbaru, demi nak menunjukkan DAPigs itu sebuah parti yang tidak menyisihkan mana-mana kaum, mereka buat kenyataan pula, inilah pilihan raya yang julung kalinya menampilkan paling ramai calon Melayu di Semenanjung.

Dengan mendakwa hal itu sebagai perkembangan terbaik dalam landskap politik mereka, namun hakikatnya, DAPigs cuba mengaburi mata rakyat dari melihat perkara sebenar. Mereka tetap Chauvanis.

Satu demi satu kenyataan berbaur ‘manis’ sengaja ditabur DAPigs untuk menunjukkan ia parti mesra Melayu. Tetapi percayalah, semua itu hanya lakonan Politik DAPigs semata - mata.

Realitinya, walaupun DAPigs letak ramai calon Melayu, tetapi dasar perjuangan mereka tetap tidak berubah. Mereka tidak akan memperjuangkan kepentingan orang Melayu dan tetap mempertikaikan kedudukan serta kesucian Islam secara terang - terangan!!!

Komen: 

Egai Din Kita klu mahu tertipu dengan agenda dan lakonan Dap itu , pada saya memang sengaja mau jadi bodoh kalau mau percaya pada Dap, sebab segala macam kejahatan Dap terhadap orang melayu sudah jelas terhidang didepan mata PKR sekutu Dap pun sama politik PKR diselitkan dengan politik Dap juga.

Ok kita imbas kembali sedikit pernainan licik Dap.
Sebelum Dap dapat PP, macam mana baiknya Dap dengan Pas betul?
Lepas dapat PP apa Dap buat kepada PAS, habis pemimpin PAS Dap singkirkan daripada PP.
Sama juga dengan khalid Ibrahim Dap gunakan Khalid Ibrahim untuk menghentam pemimpin melayu system beraja melayu pusat2 agama islam habis kena kritik kena kutuk dengan khalid Ibrahim .tapi sudah dijadikan alat khalid Ibrahim dihumbankan kedalam neraka jahanam.


Itu satu contoh yang terhidang didepan mata kita dengan jelas sekali, apa lagi yang kita nak heran kalau Dap letak calon berbangsa melayu ramai2 pada PRU14 nanti.
hanya kerana Dap meletakan calon melayu jadi kita anggap Dap itu mau membela nasib orang melayu?


Jangan bermimpi ler, Dap tdak pernah berubah dengan prinsip mengekalkan Ideology komunis dia, komunis tetap komunis,
Komunis tidak macam Tun Mahathir yang mudah lupa.
Gunakan logo PKR semata2 untuk memancing pengundi melayu yang menyukong PKR.

Dap tau cina tetap undi cina jadi sekarang Dap memerlukan undi orang melayu untuk menguatkan parti mereka untuk menyinkirkan pemimpin melayu.

Mana ada bezanya dengan cara yang digunakan oleh komunis dalam PAP Singapore dulu, komunis tak cukup kuat tapi bila ada melayu bangsat yang menyukong dia akhirnya Singapore jadi milik mereka, tak apalah janji bersikap adil kepada orang melayu seperti janji mereka sebelum dapat Singapore, tapi sudah dapat Singapore kenyataannya melayu hanya merimpat di bumi Singapore.


Dalam kabinet menteri Singapore berapa ramai melayu?
Itu satu contoh juga, jadi kalau percayakan Dap juga itu melayu bangsat..


Boleh terimakah Melayu Singapura dicaci sebagai bangsa merempat? 
Zubaidah Alang Itulh dh tertipu..senang je orng kt kn pedaya mereka gn kn orng tngh untuk meraih sokongan atas nm logo islam

Zubaidah Alang Tapi perlakuan dn perbuatan..jauh dr pegangangan dn ajaran islam

Wanhariah Wanjalil Suruh le anak pakei songkok dan bpknye pake lebai...boleh lah orang melayu undi deme...org melayu dgn melayu busuk hati

Zubaidah Alang Sbb apa sy ckp mcm ni..yerlh kt dh tau apa yg pembangang ni perjuangkn semuanya untuk kroni dn cuba menghalalkn bnda yg haram smpaikn bnda yg hrm tu dikatanya halal...dn yg halal dikt haram kn x btl tu..sy pn bknlh bgs sngt tp taulh jg membezakn yg mn halal dn hrm..dn mn yg btl dn slh x derlh nk jd pakturut mcm lembu kn cucuk hidung..haa..jwblh nnti

Zubaidah Alang Selamat pagi masf ckp ye

Amin Amin Amin Bapa dan Anak kena rasuah boleh dap sokong lagi bodoh betul la otak babi

Aryanti Asmadi Letih sgt membaca yg taksub dgn geng2 pembangkang..ada je fitnah,mencaci,menghina..tgk kt page2 kebanyakannyer org melayu gak yg dok mencaci...org cina relax jer..malu gak tgk bangsa sendri dok bela geng2 ni...bila srh tnjk bukti,die kata kita makan dedak,penjilat najib, bahasa yg di gunakan nmpk sgt gagal menjadi lelaki dan ketua keluarga yg bagus..yg perempuan plk,nmpk sgt suami x didik biarkan isteri mencaci,mencarut...sakit hati betul...

Osami Mohamad Kampenya nul undian partai umnobnpas d pemilu msia
Partai umnobnpas perampok maling koruptur toh booongin warga malasia smua
Ganyang injak2 umnobnpas d pemilu msia
Inalillah partai umnopasbn wafatin moga aman d sg buluh kajangan


نورسياه شم ابرهيم Ingat2 pesanan ini bangsa ku melayu
Jgn gadai kan tanah melayu pada komunis


Shahrul Azlee hahaha.. bersungguh2 RealBabiArmy guna translate nak komen guna bahasa melayu 😂😂😂    haram x paham..

Momokan tergadai bagai, sampai tak sedar penggadainya ialah Umno. Puncanya cuma suka dengar dan seronok bercakap atau pun say "ehhh... aku dengar dia tuu cakap," Membaca, mengkaji, mengaji namun tidak. Apa lagi kalau bahan bacaan panjang lebar. 

Cikgu Liya Ali Kali ini kite same2 tolak Dapig n group Piranha...tlg sekolahkn MELAYU YG BODOH MAKYEE,PEKAK,BISU..YG KRN ROKOK SEBATANG,TERLUPE TRAGEDI TRAGIS SEMALAM.. MASE DPN ANK BGSE DIGADAI ASAL HASRAT TERCAPAI!!!!

Rasa-rasanya cikgu ni sekarang... kena u-turn 360° almaklum sebagai penjawat awam, tak pun berdiam. 

Firdauz Son Yang Hapizi Ay aritu kata dap nk pakai logo die je..ni die pakai logo pkr jd isu guna melayu plak..pusing kuat..

Kay Myra Sama2 kita doakn PRU 14 ini menjadi milik Parti Islam Melayu kita..apa2 parti pon x pe asalkn Melayu kita.Jgn pemimpin komunis memerintah...Aamiin..

Zubaidah Alang Selamat pagi Sahabat..memanglh pilhan undi ni hak masing2 tp jgn disbbkn pilihan mereka yg slh tu kt yg rugi sbb undian amat bermakna sekali untk mentukn siapa yg akn memimpin negara kt..olih sbb tu berfikirlh dgn akal dn bijak supaya apa yg kt lakukn hari ni akn membuahkn hasil yg baik dimasa hadapan klu ada nya nyawa...jd kita buktikn nnti

Allahyarham P.Ramlee lama dah nasihat jangan salah pangkah. Itulah jasa beliau semasa hayatnya. 

Zubaidah Alang Jgn sampai kita diperdaya lagi

Mengundi pada 9.5.2018 bukan untuk kita, tetapi untuk generasi depan Rakyat Malaysia. Aamiin. 
AHAD, 20 MEI 2018
CAKAP TAK DONGA

Najib mohon diberi program perlindungan saksi. 

KUALA LUMPUR — Najib  dilaporkan telah meminta pihak polis untuk diletakkan di bawah program perlindungan saksi dalam siasatan berterusan terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan portal Malay Mail, Najib telah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul kira-kira jam 5 petang semalam dan mengatakan bahawa terdapat ancaman jelas terhadapnya serta ahli keluarganya dan membuat permintaan rasmi untuk ditempatkan di bawah program perlindungan saksi.

Najib, dalam laporan itu mendakwa bahawa melalui sumbernya, ancaman tersebut datang dari orang yang secara langsung dan tidak langsung dikaitkan dengan dana 1MDB di peringkat antarabangsa bukan sahaja dari dalam negara, tetapi juga di luar negara.

Dalam laporannya, beliau berkata pegawai polis dari unit jenayah komersil Bukit Aman pertama kali muncul di kediamannya pada malam 10 Mei, sehari selepas PRU14.

Beliau berkata pegawai polis berkenaan berada di kediamannya selama 18 jam dan merampas beberapa barangan miliknya dan anaknya yang tidak ada kaitan dengan 1MDB.

Dalam laporan itu, Najib kemudiannya menyatakan bahawa polis telah menyerbu tiga premis di Pavillion Tower dan merampas barang kemas, wang tunai dan barangan peribadi lain.

Selain itu, laporan Malay Mail juga menyebut, Najib mendakwa bahawa pegawai penyiasat berkenaan juga gagal memberikannya senarai barangan yang dirampas.

Sementara itu, dalam laporan polis sama, Najib berkata  beliau sentiasa memainkan peranan dalam 1MDB namun tidak terlibat dalam proses membuat keputusan kerana sebarang keputusan mengenai tawaran 1MDB dibuat oleh lembaga pengarah dan pihak pengurusan.

Selain itu, Najib turut menegaskan bahawa wang RM2.6 bilion yang beliau terima merupakan derma daripada keluarga diraja Arab Saudi.

ref:
Tukar Tiub: CAKAP TAK DONGA


Pedoman: 

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

DOA SETIAP WAKTU

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu,Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuakudan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI
AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."

ref: 
ZAKRI ALI: Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?

Gambar-gambar dari blog ZAKRI ALI

BERSAMA BAPA REFORMASI

DATO SERI ANWAR IBRAHIM

HANYA DI MALAYSIA: Berkata Benar Adalah Satu Kesalahan (Nota: zaman umno sebagai penguasa) 


PAKATAN RAKYAT dulu sebelum PAS teracun godaan umno. 
KU LI : UMNO PARTI RASUAH
KASIH SEORANG ANAK!
ORANG JAHAT TAKUT HUDUD
TUNTUTAN BERSIH 2:0


Nota kaki: 


(NK 1)
Saturday, July 7, 2012

Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?
Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari… dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1,800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak di tengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang… sebab kena deal dengan dua negeri. 

Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh… sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung… bapak Menteri pun boleh dibeli. 

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah. 

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad. 

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong. 

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau.. aku tak tau nak cakap la. 

Tun Razak pun aku tak payah cerita.. sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata apa la. 

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong? 

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).
Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka di dunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri. 

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia. 

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll. 

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.


Najib Razak pewaris Genting
Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut. 


Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~ msk Addin
.....

(NK 2: Dari sumber pro umno bn)
20130126
Genting Highland: Rahsia Kejayaan Lim Goh Tong

Sesiapa saja yang pernah berulang-alik dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur pasti melalui satu terowong panjang di laluan Karak Highway. Tempat tu semua orang tahu - Genting Sempah. Kalau kita pandang ke atas, tak nampak apa-apa. Kanan kiri hutan tebal. Tepinya pulak gaung dalam beratus-ratus meter ke bawah. Itu siang. Tapi di waktu malam, walaupun kita berada sejauh Kuala Lumpur sekalipun, kita akan nampak cahaya terang lampu berkelip-kelip dari jauh, di puncak gunung.

Kita mungkin malas ambil tahu sebab itu tempat paling banyak kumpul dosa. Bukan dosa kecik anak. Bahkan di situ juga tempat letak kasino terbesar di Asia Tenggara. Along suka sangat ada tempat macam ini. Kantung mereka penuh setiap bulan bila ada tahi judi sanggup melutut depan mereka semata-mata ketagih bertaruh untuk jadi orang terkaya Malaysia.

Itulah Genting Highlands kepunyaan Lim Goh Tong. Orang terkaya di Malaysia dan antara individu yang terkaya di dunia suatu ketika dulu. Genting Highlands syurga dunia buat kaki judi dan kaki betina. Itu kita tolak tepi dulu. 


Yang saya nak kongsi macam mana Lim Goh Tong boleh terfikir buat perkara yang dianggap mustahil dan dijangka gagal oleh kebanyakan orang. Jangan tiru idea Lim Goh Tong ni. Nahas dapat dosa. Tapi kita sekadar hendak tahu peristiwa-peristiwa menarik yang belum diketahui ramai disebalik pembinaan Genting Highlands.

Cerita bagaimana pahit maung Lim Goh Tong membangunkan Genting Hinglands saya ada baca dalam buku autobiografi beliau, My Story.

Kita ikuti cerita Lim Goh Tong berikut.

1. Ideanya bermula ketika umur bersara - hampir 50-an.


Usia 50-an, ramai orang dah mula fikir hendak main-main dengan cucu, hendak jaga ayam kerbau, hendak duduk di masjid, tapi tidak dengan Lim Goh Tong. Dia tidak pernah terfikir untuk bersara. Bahkan dengan kewangan selesa, dia tetap sanggup mengambil risiko kerana baginya, bila-bila saja adalah waktu terbaik untuk memulakan sesuatu teroka niaga, terutamanya yang tidak dianggap menarik oleh orang lain.

2. Orang kata dia gila, bodoh dan digelak kawan-kawan. 


Bila dia kata nak bangunkan kawasan hutan, di puncak Genting Sempah sebagai kawasan peranginan terkenal, ramai kawan dan rakannya tercengang tidak percaya. Ada kata dia gila dan ramai juga yang gelakkan idea dia. Bahkan ada seorang rakannya kata ideanya seperti cerita ajaib dalam Hikayat Seribu Satu Malam.

3. 9 hari 9 malam panjat dan periksa gunung.


Lim Goh Tong bentuk satu pasukan seramai 20 orang untuk meninjau dan memeriksa keadaan gunung. Beliau dan pasukannya terpaksa merentas hutan rimba tebal, mendaki banyak gunung curam, dan menyeberangi banyak anak air dan sungai, sebelum sampai di puncak Gunung Kali.

4. Terpaksa mengadap Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.


Idea Lim Goh Tong diterima baik Tunku bagaikan bulan jatuh ke riba. Kebetulan kerajaan memang ada perancangan untuk bangunkan Gunung Kali. Tapi atas beberapa kesulitan, rancangan itu terpaksa diketepikan. Supaya rancangan itu tidak dikecam pembangkang, yang pada masa itu pihak kerajaan terlibat konfrontasi dengan Indonesia, maka Tunku merasakan lebih wajar sektor swasta yang terlibat membangunkan gunung tersebut. Akhirnya syarikat Lim Goh Tong yang terpilih.

5. 15 tahun untuk bina jalan masuk berjaya disingkatkan.


Sukarnya membina jalan ke puncak hinggakan hasil pemeriksaan Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati untuk membina jalan masuk saja perlukan masa 15 tahun. Tapi atas penilaian semula dan kesanggupan Lim Goh Tong sendiri, tempoh membina jalan disingkatkan dari 15 tahun kepada 6 tahun, dan akhirnya kerajaan memutuskan perlu jalan masuk tersebut perlu disiapkan dalam tempoh 3 tahun dengan subsidi sebanyak RM9000000 jika berjaya menyiapkannya dalam tempoh tersebut. Lim akhirnya berjaya juga menyiapkan jalan masuk dalam tempoh yang dianggap tidak logik itu.

6. Kerja 24 jam 7 hari seminggu.


Kerana tempoh 3 tahun untuk siapkan jalan masuk sangat singkat dan tidak logik, Lim dan pasukannya terpaksa bekerja keras 24 jam 7 hari hari seminggu. Tiada hari rehat, baik hari minggu mahupun hari cuti.

7. Terpaksa tinggal di dalam hutan dan gua.


Untuk menjimatkan masa, Lim Goh Tong dan pasukannya terpaksa tinggal di dalam hutan dan juga di dalam gua. Kadang-kadang semasa menebas hutan dara yang tebal, ada pekerjanya yang terserempak harimau.

8. Dia kuli dialah bos.


Kerana projek ini dia punya, terpaksalah Lim Goh Tong menguruskan segala-galanya. Dia terpaksa bertindak sebagai sebagai pengurus projek, jurutera, pengawal kewangan, buruh serta penyelesai masalah.

9. Hampir maut berkali-kali.


6 kali Lim Goh Tong nyaris hilang nyawa. Satu kali dia hanya cedera ringan ditimpa pokok. tergantung dalam jip yang tergelincir dan tersangkut di cerunan dalam, brek kereta tidak berfungsi baik dan hampir terhumban ke dalan gaung, hampir tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan tanah, kepala ditimpa pokok buluh hingga tergigit lidah dan kepala berdarah-darah, kayu yang melantun dari rempuhan roda mesin penggorek yang tercabut menghentam pinggannya dengan kuat.

10. Pekerja maut jauh dari tingkat 14.


Seorang pekerjanya maut akibat jatuh dari tingkat 14 sebuah bangunan yang sedang dibina.

11. 7 tahun tanpa pendapatan.


Selama 7 tahun, dari 1965 hinggalah dibuka dengan rasmi pada tahun 1971, Lim Goh Tong telah berbelanja habis-habisan tanpa pulangan satu sen pun. Wang belanjanya diambil daripada pendapatannya daripada Rancangan Pengairan Kemubu di Kelantan, jualan ladang getah seluas 810 hektar di Segamat, Johor dan pelaburan semua wang dari perlombongan besi, kerja sebagai subkontraktor dan perniagaan perkakasan. Kerana wang yang digunakan terlalu banyak, dia hampir muflis dan kesihatannya hampir terjejas.

12. Tanah runtuh di 180 tampat di jalan masuk Genting.


Akibat hujan ribut yang paling dasyat sejak seabad lalu, Lim Goh Tong terpaksa mengambil masa selama 4 bulan untuk membaiki kawasan yang rosak sebelum dibuka dengan rasmi pada 8 Mei 1971.

Akhirnya, pada 8 Mei 1971, Genting Highlands memulakan perniagaan rasminya setelah melalui pelbagai rintangan, onak dan duri. Lim Goh Tong mampu tersenyum lebar kerana projek mega inilah yang pernah meletakkannya sebagai orang yang terkaya di Malaysia dan antara orang yang terkaya di dunia. 


Menurut majalah Forbes Asia Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6 bil) pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia pada 23 Oktober 2007.

Begitulah sedikit sebanyak cerita menarik tentang Lim Goh Tong. Yang baik kita sama-sama kongsi. Yang buruk kita buang jauh-jauh. Seperti mana kata-kata yang diconteng oleh pemilik asal buku yang saya beli ini.

Pembaca sekalian,
" Jadikan informasi di dalam warkah ini sebagai panduan. Segala usaha baiknya jadikan tauladan dan yang mana tidak sesuai dengan agama Islam dan budaya Melayu jadikan ia sebagai sempadan dan juga benteng hidup.


Pastinya, jika dia boleh, maka kita juga boleh untuk berjaya di dunia dan akhirat... In Syaa Allah." 


ARKIB : 26/06/2012

Manfaat Yayasan Mohamed Noah

PENGERUSI Yayasan Noah, Datin Paduka Dr. Faridah Abdullah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada Majlis Perasmian Naik Taraf Asrama Puteri Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Muar (PKAYIM) dan Doa Selamat di Jalan Junid, Muar, Johor, baru-baru ini.
Mohamed Noah adalah nama besar dalam lipatan sejarah negara. Justeru pada malam Rabu minggu lalu satu majlis Malam Jasamu Dikenang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bagi mengenang Allahyarham Tan Sri Mohamed Noah Omar.
Mohamed Noah ialah bapa mertua kepada dua bekas Perdana Menter,i Allahyarham Tun Razak Husein dan Tun Hussein Onn.Dua orang anaknya ialah Tun Rahah ibu kepada Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Suhaila,ibu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Nama besar Allahyarham bukan sahaja kerana beliau bapa mertua kepada dua bekas Perdana Menteri dan datuk kepada Perdana Menteri sekarang tetapi kerana susur galurnya sumbangan dan penglibatannya dalam pelbagai bidang perkhidmatan sebelum dan setelah negara mencapai kemerdekaan.
Allahyarham Mohamed Noah, yang dilahirkan pada 13 Ogos 1897, merupakan antara tokoh utama yang merintis penubuhan UMNO untuk menentang Malayan Union dan mengembalikan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Pada 1951, beliau dipilih menjadi Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung UMNO sehingga akhir 1959. Selepas itu, Mohamed Noah dilantik menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat mulai 1 September 1959 hingga 29 Februari 1964 sebelum dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ketiga dari 24 Februari 1969 hingga 28 Julai 1970.
Setelah bersara daripada perkhidmatan kerajaan dan negara, Mohamed Noah menceburi bidang perniagaan apabila dilantik menjadi pengerusi beberapa syarikat swasta.
Sikap Allahyarham yang cukup berjimat cermat telah membantu menjadikannya sebagai usahawan berjaya.
Perdana Menteri berkata dengan sikap itu juga, datuknya dapat menubuhkan Yayasan Mohamed Noah yang telah menyumbang kepada kesejahteraan banyak pihak.
Mengimbau pengalaman membesar dengan Mohamed Noah, Najib berkata, Allahyarham pernah mengingatkan beliau agar tidak membuang botol minuman yang digunakan semasa berkelah kerana ia boleh dikumpul dan dijual semula untuk mendapatkan wang.
"Barangkali sikap cermat itulah yang membawa kepada rezeki. Itu mungkin sebabnya Allahyarham berjaya sebagai seorang usahawan dan dapat wujudkan Yayasan Noah.
"Berkat dari itulah, kami dan ramai lagi telah menerima banyak sumbangan dan kesejahteraan. Berkat dari itulah, kami semua dapat peluang belajar melalui sumbangan Yayasan Noah," kata Najib.
Yayasan Mohamed Noah ditubuhkan pada 1 Mac 1973 ketika Mohamed Noah berusia 76 tahun. Yayasan itu menjadi sebuah badan amal jariah bagi menguruskan dana untuk faedah pendidikan dan pengetahuan ilmu lain untuk kebahagiaan seluruh rakyat Malaysia.
Mohamed Noah sendiri menjadi pengerusi lembaga pengarahnya dan ahli-ahli jawatankuasanya terdiri daripada Datin Faridah Abdullah (cucunda sulung) ketika itu pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Roquqiyah Hanim Tun Hussein Onn (peguam), Najib (ketika itu pegawai Petronas) dan Ong Boon Bah (akauntan sebagai setiausaha).
Pada awal penubuhannya, Yayasan Mohamed Noah mengeluarkan lima biasiswa iaitu satu untuk pelajar bidang ekonomi dan pentadbiran perdagangan Universiti Malaya, satu untuk pelajar sains UKM, tiga untuk pelajar di England dalam bidang ekonomi dan undang-undang, dan satu lagi untuk pelajar PhD di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Biasiswa itu adalah hasil kejayaan Mohamed Noah dalam perniagaan untuk dikongsi manfaatnya dengan pelajar berbakat terutama dari luar bandar melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti sehingga mendapat ijazah.
Allahyarham pernah berkata, tawaran biasiswa itu adalah langkah permulaan kecil yang dilakukan oleh yayasan itu dengan matlamat untuk menambah kekurangan rakyat yang tidak berkemampuan melanjutkan ke institusi pengajian tinggi. Langkah itu juga katanya membantu proses pembangunan negara yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi dan perusahaan.
Selain sumbangan untuk pelajaran, banyak pihak lain seperti rumah-rumah kebajikan, rumah anak yatim, masjid dan surau, badan-badan amal dan badan bukan kerajaan lain yang mendapat manfaat dan bantuan daripada Yayasan Mohamed Noah. Sebuah masjid di pusat percutian Genting Highland telah dinamakan sebagai Masjid Yayasan Mohamed Noah.
Semasa banjir besar melanda Johor pada 2006, Yayasan Mohamed Noah turun memberi sumbangan barangan makanan dan keperluan mangsa banjir. Ada juga yang disampaikan kepada mangsa-mangsa banjir melalui misi-misi kemanusiaan yang diadakan dengan kerjasama organisasi lain.
Harta dan kekayaan yang sudah sedia dimiliki oleh keluarga Najib bukan untuk dibangga-banggakan. Sebab itu jarang kita mendengar nama Yayasan Mohamed Noah.
Berdasarkan sumbangan Yayasan ini iaitu hasil daripada kejayaan datuknya sebagai usahawan dan tokoh bisnes yang berjaya, Perdana Menteri tidak perlu pun pada sikap tamak untuk merebut projek atau tender kerajaan.
Hal ini jauh berbeza dengan ahli-ahli politik termasuk daripada parti pembangkang yang cuba mengaut keuntungan peribadi daripada projek atau tender pembangunan negara. Jadi berdasarkan sumbangan dan dana Yayasan Mohamed Noah maka tidak patut timbul cerita dan khabar angin tentang fitnah yang dibangkitkan oleh pembangkang mengenai rasuah terhadap Perdana Menteri.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120626/re_02/Manfaat-Yayasan-Mohamed-Noah
© Utusan Melayu (M) Bhd 



#







Tiada ulasan: