Sabtu, 19 Mei 2018

Sejarah dapat maklumkan kita seawal-awalnya, pemimpin parti mana penipu besar dan hipokrit. 7684.

Jadi rakyat Malaysia jangan buta sejarah. Sejarahlah yang mengajar kita siapa patut kita undi. Sejarah dapat maklumkan kita seawal-awalnya pemimpin parti mana penipu besar dan hipokrit.

Kawan ngopi serious tanya - Agak-agak peratus menang macam mana. I say laga dua parti aje k. BN dengan PH. 30% BN 70%PH.

Tingginya. Hihihi kali ini PRUM14 lebih kelihatan tenang. Tenang sebab pengundi banyak sorok reaksi sepontan. Masing-masing senyap jer. Seolah-olah pengundi ada rasa bimbang dan takut pun ye. Selain dari memasang cita-cita dan tekad untuk berubah tetapi bukan berpakat. Undi kita today adalah penentu kestabilan hidup beberapa genarasi Bangsa Malaysia yang akan datang.

Rakyat pun berani bersuara bila suara Di Raja memihak kepada BN terutama umno yang lahir di istana. Tapi rakyat ingat umno yang lahir di istana telah lama terkubur. Umno hari ini adalah gantian umno yang dulu, cuma wadahnya, caranya dan ideologinya tetap sama. Iaitu umno mahukan masyarakat majmuk jangan bersatu (Ideologi pecah perintah - untuk kekal berkuasa).

Gertakan jika umno kalah akan berlaku rusuhan, sehingga latihan pihak berwajib pun sampai tahap perintah berkurung. Yang tidak pernah dibuat sebelum ini dalam menghadapi pilihanraya umum. Rakyat sudah tahu dalang yang cuba disongkit oleh umno berada di Malaysia Timur ketika itu. So umnolah dalang utama 13 Mei 1969. Aksi baling batu sembunyi tangan kandas. Nauzubillahminzalik.

Selain ideologi perkauman, umno kitar semula kononnya mereka memperjuangkan Islam. Hingga sanggup ada kalangan 17k lantikan politik melobi di Pulau Pinang tiada Azan berkumandang, macam Singapura (Walhal  Masjid Sultan satu-satunya Masjid yang dibenarkan mengumandangkan Azan di Singapura.) Singapura yang gadaikan pun umno. Bukan DAP, bukan PAS, bukan PKR dan bukan Amanah.

Pemimpin umno menyombong pun ye. Makan kangkung, keluar dari Malaysia, masak resepi atasi gst, gst jadikan barang lebih murah... Selori pasir dulu sebelum gst berharga RM150 tetapi telah jejak RM300 waktu paling akhir beli tahun lepas. Macam-macam menyakat rakyat dengan cara main petik untuk melayan aduan rakyat. Langsung usaha atasi kemelut tiada sebab beranggapan rakyat semua dapat BR1M.

Usaha umno keluarkan PAS dari Pakatan Rakyat telah berjaya. Dari dulu hingga kini PAS merupakan talian hayat umno bila berada dalam keadaan lemah. Itulah puncanya PRUM14 lewat direncanakan bagi memastikan PAS bertukar arah menjadi. Sejarah PAS ada menyatakan serpihan PAS antaranya ialah Parti BERJASA, Parti Hamim, Parti AKIM dan Parti Amanah Negara.

Maklum Allahyarham P.Ramlee (Al Fatihah. Aamiin) dah lama pesan simbolik, jangan salah pangkah nanti dapat najis (Ertinya dapat pemimpin yang menjahanmkan Malaysia)

Alhamdulillah PH menang besar. Hinggakan seorang lelaki dewasa berbangsa Cina ku ajak setable bersama-sama rakan Melayu yang lain. "Mari duduk sini, duduk sama-sama, saya bukan umno yang ajak Melayu bergaduh dengan Cina. Kita orang Malaysia lah kan" "Lagi pun yang beri awak kerakyatan pun umno jugak" Next time terus uncle tu lekat semeja dengan kami, ngopi, cak tea. Satu usaha hilangkan prasangka berlainan bangsa yang menjadi Rakyat Malaysia.

In Syaa Allah Malaysia semakin Allah rahmati.
Aamiin Ya Robbalalaamiin.

Wassalam.

ULASAN
Dongeng lucah 1997 dan hilangnya kebal Umno
Hafiz Zainuddin  |  Diterbitkan 18 Mei 2018, 10:21 malam  |  Dikemaskini 18 Mei 2018, 10:40 malam
ULASAN | Tidak pernah terlintas dalam kepala saya bagaimana Umno akan tumbang dengan begitu mudah pada 9 Mei 2018. 

Saya kira, kita patut rasa hairan bagaimana negeri tanah tumpah darahnya Umno - Johor - telah mengorbankan parti Melayu itu tanpa kasihan belas.

Kejadian pelik, bersejarah dan mencuit emosi semacam ini langsung tak pernah digambarkan dalam kubikel minda saya. Keinginan untuk melihat ia berlaku ada, tetapi tak lebih sekadar doa dan harapan.

Sejarah baru Malaysia menjelang 2020 ini sudah wajar dicatat dalam buku sekolah. Tentang bagaimana rakyat segala bangsa dari kota sampai ke Tanjung Piai bersatu hati menumbangkan parti yang telah memerintah turunnya bendera Union Jack lebih 60 tahun lalu.

Tumbangnya Umno di Tanah Melayu - termasuk di Borneo Utara dan beberapa kerusi parlimen di Sarawak - begitu menyentuh emosi saya. Lebih-lebih lagi peralihan tampuk kerajaan berlaku secara aman – sekaligus menguburkan segala dongeng kononnya negara akan huru-hara kalau pembangkang menang.

Tabu sebegini sudah mati. Malaysia memasuki era baru.

Dan yang turut menyentuh hati ialah mengenai perdamaian dua gergasi yang berseteru lama iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai mamalia hina, saya akui memaafkan ‘dosa’ orang bukan benda mudah. Sama ada perdamaian itu lahir daripada strategi politik mahupun terpancar dari sanubari, itu bukan soalnya kerana yang terpenting politik sebagai seni segala mungkin ini telah membebaskan rakyat dan melakar sejarah baru tanah air.

Saya berbangga kerana menjadi salah seorang saksi mata terbebasnya Anwar Ibrahim pada 16 Mei 2018 ketika dia melangkah bergaya keluar dari Pusat Rehabilitasi Cheras.
Saya amat berbangga kerana kehadiran saya untuk bertugas pada hari itu dipaksakan. Puncanya Kancil saya sudah terlebih panas dan tersadai berhampiran Flat Sri Sabah.

Lantas menapaklah saya ke sana kurang lebih 2km. Saya bangga.

Saya ada sebab untuk berbangga dan berterima kasih kepada Anwar. Laungan reformasi pada September 1998 yang bergema di jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur memainkan peranan besar mencorak pegangan politik saya pada hari ini dan kepercayaan tentang sebuah negara yang lebih baik, demokratik dan mempunyai harapan.

Warna-warni politik itu sekaligus memandu hala tuju awal kerjaya saya sebagai penulis di MerdekaReview sebelum menjadi wartawan politik bagi DAP.

Penagih tegar kaset politik

Bermula dari era Reformasi 1998 sehinggalah tsunami politik 2008, masyarakat mula didekati dan memahami tentang pencerahan, pendemokrasian, kebebasan, keberanian mengkritik, demonstrasi, Hishamuddin Rais dan bercambahnya gerakan-gerakan sivik yang menuai hasil tidak sedikit dalam mencorak hala tuju politik Malaysia.

Selang tempoh itu juga kita menyaksikan percambahan wacana siasah melalui pelbagai bahan bacaan selain Harakah seperti majalah Siasah, Tamadun, judul-judul buku pencerahan dan puluhan lagi bacaan alternatif seiring kemunculan blog-blog politik khususnya pada pratsunami 2008.

Sudah tentu - dengan tidak menafikan ‘jasa’ Dr Mahathir dan tokoh-tokoh lain - hala tuju pendemokrasian serta pencerahan negara amat terkesan dengan aksi politik dan reformasi yang dicetuskan Anwar.
Pada suatu masa, saya menjadi penagih kaset-kaset politik dan ceramah PAS hanya untuk mengetahui perkembangan politik semasa dan Anwar.

Ketika Anwar turun ke jalan raya pada 1998 melaungkan Reformasi, saya baru selesai SPM dan menganggur. Segalanya tentang Anwar dan Reformasi saya peroleh dari televisyen, Berita Harian, Harakah, Tamadun dan surat-surat layang fotostat yang diselit di masjid.

Keterujaan saya terhadap reformasi dan situasi politik negara membuak-buak apabila menonton TV dan cakera padat tentang ‘huru-hara’ dan aksi keras polis menangani para demonstran di Kuala Lumpur.

Seperkara yang aneh dan menarik perhatian saya, pemecatan Anwar pada 1998 diikuti gelombang reformasi bermula akibat fitnah dongeng jijik penulis upahan yang bercerita tentang kelucahan melampau kononnya dilakukan oleh Anwar.

Anwar ialah tokoh yang dihormati dunia Islam dan Barat ketika itu.

‘Kitab lucah’ itulah yang jadi pedoman dan disebar secara meluas semasa perhimpunan agung Umno pada 1997. Ia kemudian membunuh kerjaya politik Anwar sehingga beliau dipecat serta-merta tahun berikutnya.


Jika 1998 signifikan dengan bermulanya permusuhan rasmi Umno dengan Anwar, 20 tahun kemudian Umno akhirnya tumbang!

Kerajaan Umno ibarat dimakan sumpah, setelah sekian lama menzalimi orang yang tidak bersalah.

Ramai yang berkata nasib Najib Razak adalah pengulangan episod malang menimpa Anwar Ibrahim 20 tahun lalu dan di tangan oleh orang yang sama, Dr Mahathir.

Justeru tidak hairan apabila Dr Mahathir bertindak sedemikian kerana dia memang suka menjatuhkan protege yang tidak sehaluan.

Apa pun telahan orang, yang pasti kejatuhan Najib dan Umno-BN pada 2018 tidak dimulakan dengan dongeng jijik penulis upahan. Kejatuhan Umno dan Najib adalah hasil keangkuhan.

Juga ketamakkan dan kegilaan pemimpin kepada harta negara. Tumbangnya Umno adalah hasil tekad politik rakyat yang dipimpin dua bekas seteru lama yang berdamai demi menyelamatkan Malaysia dari tangan Umno yang sudah hilang keramat.

Reformasi!

HAFIZ ZAINUDDIN ialah pembaca Malaysiakini, juga penulis buku Lesong yang suka berenang dan makan-makan. Pernah menjadi pembantu Ahli Parlimen Kota Kinabalu dan kini wartawan Roketkini.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

ref: 

 ..................

Tiada ulasan: